Tuesday 30 April 2013

Kunci syurga buat wanita

Teks : Zaida Zainol
Sumber : Google


Allah memberi ganjaran pahala bagi isteri yang hamil, menyusukan dan menjaga anaknya semasa sakit. Rasullulah S.A.W bersabda: 
 "Apakah redha hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat Islam) si suami redha kepadanya kerana ia selalu taat kepada suaminya, ALLAH memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahalanya orang yang puasa fisabilillah. Bila ia merasa akan melahirkan anak, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti seberapa banyaknya pahala itu. Bila telah lahir lalu disusui ibunya setiap satu tegukan (sedutan) dari susu itu  ALLAH memberi pahala satu kebaikan. Bila si  ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya sakit, maka ALLAH memberi pahala seperti memerdekakan 70 budak dalam  fisabilillah dengan ikhlas."  (HR Al-Hasan bin Shofwan, Thobroni dan Ibnu Assakir)


Ganjaran isteri yang berbakti kepada suaminya :

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila  seorang isteri hamil meninggal dunia, ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

9) "Seorang ibu yang meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh adalah seperti amalan memberi makan kepada seribu orang yang lapar, dan memberi seribu pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.




Tuesday 16 April 2013

Pengenalan

Teks : Zaida Zainol


Nama saya Zaida bt Zainol.  Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Anak sulung dari lima beradik, saya sudah berumahtangga sejak 2005 dan dianugerahi tiga orang cahaya mata. Seperkara yang agak menarik tentang keluarga saya, nama adik beradik saya dan suami kebanyakan mempunyai huruf 'Z' pada nama kami. Anak-anak kesayangan kami iaitu Zafira (6 tahun), Zara (5 tahun) dan Ziqri (6 bulan) merupakan sumber inspirasi saya selain suami, ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan dalam meniti hari-hari saya di bumi ciptaan Allah ini. Saya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Biologi dengan Kepujian di sebuah universiti awam di tanah air. Sebaik menamatkan pengajian, saya ditawarkan bekerja di beberapa buah syarikat swasta di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Diam tak diam, sudah lebih 10 tahun bekerja, pelbagai pengalaman berharga dan ragam manusia ditemui sepanjang kerjaya saya. Hobi saya ialah mengumpul koleksi magnet peti ais (fridge magnet). Entah mengapa, hobi ini tidak pernah luntur sejak zaman persekolahan sehingga sekarang. Saya cukup terhibur apabila melihatkan koleksi magnet tersebut, apatah lagi setiap satunya mempunyai kenangan tersediri. Permulaan untuk menulis blog ini tercetus setelah berkenalan dengan Puan Masayu apabila saya sering mengikuti perkembangan terbarunya melalui blog yang berkisar mengenai surirumah dan bisnes dari rumah.