Friday 18 April 2014

Produk

Teks : Zaida Zainol

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini berkisar tentang perniagaan online yang saya usahakan. Jemputlah melawat ke laman web saya :

1) www.roheyahenterprise.com.my

2) www.proherbs.com.my

Pelbagai barangan keperluan harian merangkumi produk makanan, kosmetik dan lain-lain dengan harga yang sangat menarik dan berpatutan. Hadiah percuma menanti setiap pembelian yang dibuat. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya Zaida Zainol melalui mana - mana  saluran berikut :

1) SMS/Whatsapp/Telefon : 011-15346073

2) Private Message saya di Inbox Facebook

a) Zaida Zainol (Personal)

atau

b) Roheyah Enterprise (Fan Page)

3) E mel saya : pn.zaidazainol@gmail.com 



  Selamat membeli belah. :) :)
  




Thursday 17 April 2014

Bunga lengkuas



Teks dan gambar : Zaida Zainol

Menu tengahari ni, sambal tumis udang dan rendang ayam aidilfitri berulamkan bunga lengkuas. Rindu dengan masakan mama, nama rendang ayam aidilfiri ni pun mama yang cipta. Mama memang masak juadah wajib ni bila raya. Tapi bukan musim raya pun mama selalu buatkan bila ada permintaan dari anak-anak. Ulam bunga lengkuas tu saya petik kat halaman rumah sahaja. Tak pernah lagi jumpa orang jual bunga ni kat pasar. Rasanya unik, berbeza dengan rasa bunga halia, bunga kantan atau bunga tayar. Eh,bunga tayar saya tak pernah makan lagi. Hahahaha.


Masakan ini menggunakan sebahagian daripada rempah ratus yang ditanam di halaman rumah. Nah, satu lagi tips untuk berjimat ialah dengan menanam pohon yang seringkali digunakan dalam masakan kita. Jika persoalan ruang menjadi menjadi masalah, belilah pasu dan tanamlah sekurang-kurangnya satu jenis tanaman dalam setiap pasu. Antara pokok yang boleh dijadikan pilihan ialah serai, lengkuas, kunyit, daun kari, cili padi, limau purut dan lain -lain lagi. Masakan saya ini menggunakan daun limau purut, lengkuas, kunyit, daun kunyit, bunga kunyit sebagai ulam segar dari pokok sendiri. Santan juga percuma, kelapanya diambil dari rumah mertua kala berkunjung ke kampung dua minggu lepas. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya. Memang tak putus stoklah. Asalkan ada kerajinan untuk mengopek, membelah, memarut dan memerah santannya. Jika dihitung, saya dapat menjimatkan kira-kira RM4.00 untuk hidangan ini. Sedikit ajer? Ehh, kat mana nak jumpa RM4.00 orang buang ditengah jalan, dik oii.. :p

Wednesday 16 April 2014

Hadiah untuk Zafira

Teks : Zaida Zainol
Foto : Koleksi Perbadi


Usai menjemput zafira dari sekolah,kami terus menuju ke sebuah pasaraya yang baru seminggu dibuka di Padang Serai ni. Hajat dihati nak beli tepung pau. Tentu sedap dapat makan pau kacang merah dan pau berinti kari ayam panas-panas utk minum petang nanti.Kebetulan ada cabutan bertuah untuk pelanggan yang membuat pembelian RM15 dan keatas produk biskut Julie's. Anak ibu ni menawarkan diri untuk membuat cabutan. 



Dan rezeki berpihak padanya apabila berjaya memenangi hadiah utama. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang, Zafira berkata 'Ibu, kita ada banyak biskut ni,tak larat nak makan semuanya. Boleh tak Ya (panggilan manja Zafira) nak sedekah kat orang miskin. Ya nak dapat pahala banyak -banyak,nanti boleh masuk syurga...'

Terharu ibu mendengarnya. Astaghfirullah. Allahuakbar. Ya Allah, Ilhamkanlah hambaMu ini sentiasa mensyukuri limpah kurniaMu. Kerana sesungguhnya rezeki yang diberikan kepada setiap hambaNya ada bahagiannya untuk diberikan kepada orang lain.


Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu,dan berdoa dengan berkata 'Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh - Surah An Naml :19