Tuesday 16 April 2013

Pengenalan

Teks : Zaida Zainol


Nama saya Zaida bt Zainol.  Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang. Anak sulung dari lima beradik, saya sudah berumahtangga sejak 2005 dan dianugerahi tiga orang cahaya mata. Seperkara yang agak menarik tentang keluarga saya, nama adik beradik saya dan suami kebanyakan mempunyai huruf 'Z' pada nama kami. Anak-anak kesayangan kami iaitu Zafira (6 tahun), Zara (5 tahun) dan Ziqri (6 bulan) merupakan sumber inspirasi saya selain suami, ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan dalam meniti hari-hari saya di bumi ciptaan Allah ini. Saya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Biologi dengan Kepujian di sebuah universiti awam di tanah air. Sebaik menamatkan pengajian, saya ditawarkan bekerja di beberapa buah syarikat swasta di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Diam tak diam, sudah lebih 10 tahun bekerja, pelbagai pengalaman berharga dan ragam manusia ditemui sepanjang kerjaya saya. Hobi saya ialah mengumpul koleksi magnet peti ais (fridge magnet). Entah mengapa, hobi ini tidak pernah luntur sejak zaman persekolahan sehingga sekarang. Saya cukup terhibur apabila melihatkan koleksi magnet tersebut, apatah lagi setiap satunya mempunyai kenangan tersediri. Permulaan untuk menulis blog ini tercetus setelah berkenalan dengan Puan Masayu apabila saya sering mengikuti perkembangan terbarunya melalui blog yang berkisar mengenai surirumah dan bisnes dari rumah. 

No comments:

Post a Comment