Teks : Zaida Zainol
Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini berkisar tentang perniagaan online yang saya usahakan. Jemputlah melawat ke laman web saya :
1) www.roheyahenterprise.com.my
2) www.proherbs.com.my
Pelbagai barangan keperluan harian merangkumi produk makanan, kosmetik dan lain-lain dengan harga yang sangat menarik dan berpatutan. Hadiah percuma menanti setiap pembelian yang dibuat. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya Zaida Zainol melalui mana - mana saluran berikut :
1) SMS/Whatsapp/Telefon : 011-15346073
2) Private Message saya di Inbox Facebook
a) Zaida Zainol (Personal)
atau
b) Roheyah Enterprise (Fan Page)
3) E mel saya : pn.zaidazainol@gmail.com
Selamat membeli belah. :) :)
Diari kehidupan, pelbagai tips dan solusi penjimatan buat suri. Juga jualan pelbagai produk makanan, kesihatan, kosmetik, alatulis dan serbaneka.
Friday, 18 April 2014
Thursday, 17 April 2014
Bunga lengkuas
Teks dan gambar : Zaida Zainol
Menu tengahari ni, sambal tumis udang dan rendang ayam
aidilfitri berulamkan bunga lengkuas. Rindu dengan masakan mama, nama rendang
ayam aidilfiri ni pun mama yang cipta. Mama memang masak juadah wajib ni bila
raya. Tapi bukan musim raya pun mama selalu buatkan bila ada permintaan dari
anak-anak. Ulam bunga lengkuas tu saya petik kat halaman rumah sahaja. Tak
pernah lagi jumpa orang jual bunga ni kat pasar. Rasanya unik, berbeza dengan
rasa bunga halia, bunga kantan atau bunga tayar. Eh,bunga tayar saya tak pernah
makan lagi. Hahahaha.
Masakan ini menggunakan sebahagian daripada rempah ratus yang ditanam di halaman rumah. Nah, satu lagi tips untuk berjimat ialah dengan menanam pohon yang seringkali digunakan dalam masakan kita. Jika persoalan ruang menjadi menjadi masalah, belilah pasu dan tanamlah sekurang-kurangnya satu jenis tanaman dalam setiap pasu. Antara pokok yang boleh dijadikan pilihan ialah serai, lengkuas, kunyit, daun kari, cili padi, limau purut dan lain -lain lagi. Masakan saya ini menggunakan daun limau purut, lengkuas, kunyit, daun kunyit, bunga kunyit sebagai ulam segar dari pokok sendiri. Santan juga percuma, kelapanya diambil dari rumah mertua kala berkunjung ke kampung dua minggu lepas. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya. Memang tak putus stoklah. Asalkan ada kerajinan untuk mengopek, membelah, memarut dan memerah santannya. Jika dihitung, saya dapat menjimatkan kira-kira RM4.00 untuk hidangan ini. Sedikit ajer? Ehh, kat mana nak jumpa RM4.00 orang buang ditengah jalan, dik oii.. :p
Wednesday, 16 April 2014
Hadiah untuk Zafira
Teks : Zaida Zainol
Foto : Koleksi Perbadi
Dan rezeki berpihak padanya apabila berjaya memenangi hadiah utama. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang, Zafira berkata 'Ibu, kita ada banyak biskut ni,tak larat nak makan semuanya. Boleh tak Ya (panggilan manja Zafira) nak sedekah kat orang miskin. Ya nak dapat pahala banyak -banyak,nanti boleh masuk syurga...'
Foto : Koleksi Perbadi
Usai menjemput zafira dari
sekolah,kami terus menuju ke sebuah pasaraya yang baru seminggu dibuka di
Padang Serai ni. Hajat dihati nak beli tepung pau. Tentu sedap dapat makan pau
kacang merah dan pau berinti kari ayam panas-panas utk minum petang
nanti.Kebetulan ada cabutan bertuah untuk pelanggan yang membuat pembelian RM15
dan keatas produk biskut Julie's. Anak ibu ni menawarkan diri untuk membuat
cabutan.
Dan rezeki berpihak padanya apabila berjaya memenangi hadiah utama. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang, Zafira berkata 'Ibu, kita ada banyak biskut ni,tak larat nak makan semuanya. Boleh tak Ya (panggilan manja Zafira) nak sedekah kat orang miskin. Ya nak dapat pahala banyak -banyak,nanti boleh masuk syurga...'
Terharu ibu mendengarnya. Astaghfirullah. Allahuakbar. Ya
Allah, Ilhamkanlah hambaMu ini sentiasa mensyukuri limpah kurniaMu. Kerana
sesungguhnya rezeki yang diberikan kepada setiap hambaNya ada bahagiannya untuk
diberikan kepada orang lain.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu,dan berdoa dengan berkata 'Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh - Surah An Naml :19
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu,dan berdoa dengan berkata 'Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh - Surah An Naml :19
Subscribe to:
Posts (Atom)