Thursday 17 April 2014

Bunga lengkuas



Teks dan gambar : Zaida Zainol

Menu tengahari ni, sambal tumis udang dan rendang ayam aidilfitri berulamkan bunga lengkuas. Rindu dengan masakan mama, nama rendang ayam aidilfiri ni pun mama yang cipta. Mama memang masak juadah wajib ni bila raya. Tapi bukan musim raya pun mama selalu buatkan bila ada permintaan dari anak-anak. Ulam bunga lengkuas tu saya petik kat halaman rumah sahaja. Tak pernah lagi jumpa orang jual bunga ni kat pasar. Rasanya unik, berbeza dengan rasa bunga halia, bunga kantan atau bunga tayar. Eh,bunga tayar saya tak pernah makan lagi. Hahahaha.


Masakan ini menggunakan sebahagian daripada rempah ratus yang ditanam di halaman rumah. Nah, satu lagi tips untuk berjimat ialah dengan menanam pohon yang seringkali digunakan dalam masakan kita. Jika persoalan ruang menjadi menjadi masalah, belilah pasu dan tanamlah sekurang-kurangnya satu jenis tanaman dalam setiap pasu. Antara pokok yang boleh dijadikan pilihan ialah serai, lengkuas, kunyit, daun kari, cili padi, limau purut dan lain -lain lagi. Masakan saya ini menggunakan daun limau purut, lengkuas, kunyit, daun kunyit, bunga kunyit sebagai ulam segar dari pokok sendiri. Santan juga percuma, kelapanya diambil dari rumah mertua kala berkunjung ke kampung dua minggu lepas. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya. Memang tak putus stoklah. Asalkan ada kerajinan untuk mengopek, membelah, memarut dan memerah santannya. Jika dihitung, saya dapat menjimatkan kira-kira RM4.00 untuk hidangan ini. Sedikit ajer? Ehh, kat mana nak jumpa RM4.00 orang buang ditengah jalan, dik oii.. :p

No comments:

Post a Comment