Sunday, 14 June 2015

Kembali semula

Dalam diam, sudah setahun saya berhenti menulis di blog ni. sekembalinya saya dari tanah suci, terasa seperti ingin merakamkan detik detik manis itu.kerana kegembiraan ini tak terluah dengan kata kata.Pengalaman manis sepanjang meniti 12 hari itu, saya akan nukilkan di dalam blog ini yang dirasakan medium paling sesuai buat saya. Moga ia menjadi kenangan abadi buat diri. Juga mungkin sebagai titipan inspirasi dan percikan ilmu, jika ada - buat mereka yang mengimpikan untuk ke sana. In Sha Allah

Sunday, 25 May 2014

Set novel islami kanak-kanak






Kumpulkan kesemua koleksi novel kanak-kanak islami tulisan Ustaz Ibnu Batoota.


Jumlah harga SATU SET novel  : RM36.70 + RM6.00 (kos pos) = RM 42.70 = RM42.00
Jumlah harga DUA SET novel   : RM73.40 + RM 9.00 (kos pos) = RM 82.40 = RM82.00
Jumlah harga TIGA SET novel   : RM110.10 + RM 13.00 (kos pos) = RM 123.10 = RM123.00
Jumlah harga EMPAT SET novel   : RM146.80 + RM 13.00 (kos pos) = RM 82.40 = RM82.00
Jumlah harga LIMA SET novel   : RM183.50 + RM 13.00 (kos pos) = RM 196.50 = RM196.00

Thursday, 22 May 2014

AL-QURAN UNTUK SYAZWAN



Syazwan merupakan seorang anak yang pintar dan baik. Namun begitu, tindakan kedua-dua ibu bapanya iaitu Encik Amri dan Puan Rahmah menghantarnya ke madrasah tahfiz menyebabkan Syazwan mula memberontak. Sejak hari pertama lagi, Syazwan mula menimbulkan masalah sehingga dia dikenali sebagai seorang pelajar yang tidak berdisiplin.

Segalanya berubah dengan kehadiran Imran dan Abu Darda, sahabat-sahabat yang telah mendorongnya ke arah kebaikan. Namun, cita-cita Syazwan untuk berubah mendapat cabaran daripada orang-orang di sekelilingnya. Allah menguji keikhlasan Syazwan dengan ujian yang sangat berat menyebabkan dia dihina dan dipersalahkan atas satu kesalahan yang besar.

Apakah yang telah berlaku? Mampukah Syazwan menghadapi dugaan itu?

Dapatkan novel kanak-kanak islami ini untuk anak-anak anda.

Jumlah harga buku termasuk kos pos : RM10.90 + RM6.00 = RM16.90

SIRI RASULULLAH SUPER HEROKU : AMIR NAK JADI KHALID





“Awak tahu tak, hero-hero yang awak sebut pada saya tadi, seorang pun saya tak kenal. Mereka itu semua tidak wujud kan? Hanya ciptaan manusia semata-mata kan?” tanya Sufiyan.

Amir mengangguk menandakan dia bersetuju. Selama ini dia tidak pernah terfikirkan hal itu sedangkan itu hakikat yang diketahui oleh semua orang.

“Kalau awak nak tahu, hero-hero pujaan saya ni semuanya orang betul, realiti. Bukan tipu-tipu. Mereka memang pernah wujud di dunia ni dan sangat hebat. Malah macam-macam perkara mengagumkan mereka buat yang orang lain tak boleh buat,” terang Sufiyan.

Sekali lagi Amir terpinga-pinga….

Amir merupakan seorang kanak-kanak yang begitu taksub dengan superhero-superhero yang terkenal di televisyen. Kerana ketaksubannya, dia sering leka dalam dunianya sendiri. Hajatnya untuk memiliki model superhero yang dikaguminya membuatkan dia melakukan perkara yang membawa kesusahan kepadanya sehinggalah dia dihina dan diejek oleh rakan-rakannya. Kehadiran Sufiyan telah merubah perjalanan hidupnya. Apakah yang Amir telah lakukan? Bagaimana Sufiyan cuba membantu Amir untuk kembali ke arah kehidupan yang lebih memberi manfaat kepadanya?

“Sebab itulah saya benci madrasah! Kenapalah ayah dengan ibu saya hantar saya ke tempat ni? Awak tengoklah, buat salah sikit pun kena marah. Apa yang baiknya di sini?” marah Syazwan sambil mengepal tangannya.

“Wan, tak baik awak cakap begitu. Ibu bapa kita hantar kita ke sini dengan harapan kita akan menjadi anak yang soleh. Lagipun, memang salah kita sebab lewat. Kita kenalah belajar daripada kesilapan kita,” ujar Imran.


Dapatkan buku ini sebagai hadiah buat anak-anak anda.

Jumlah harga buku termasuk kos pos : RM 12.90 + RM 6.00 = RM 18.90


Wednesday, 21 May 2014

SIRI RASULULLAH SUPER HEROKU : ANA NAK JADI AISYAH



"Ana sayang, Ana sekarang dah 11 tahun tau? Ana dah baligh, jadi menutup aurat tu wajib ke atas Ana,” nasihat Puan Khadijah, cuba memahamkan anaknya itu.

“Tak mahu! Ana belum bersedia untuk semua itu!” Ana memuncungkan bibirnya sambil menghentak-hentakkan kaki.

Ana kemudiannya berpaling ke arah lain tanda protes.

________________________________________________________

Ana merupakan seorang kanak-kanak yang suka berangan-angan. Kadangkala dia ingin cantik seperti Princess Mermek, lemah-lembut seperti Cincinderella, punya rambut yang ikal seperti Rapunzyl Girl. Semuanya disebabkan minatnya terhadap kartun-kartun animasi itu, sehingga dia hanyut dalam dunia fantasi ciptaannya sendiri. Ana juga mula tidak fokus dalam pelajaran dan sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diminta oleh guru-guru.

Suatu hari, Ana dipanggil oleh gurunya kerana minat dan sikapnya itu. Hal tersebut membuatkan Ana begitu marah pada Sumayyah, seorang murid yang alim dan berakhlak mulia. Dia mula berdendam dan menyebarkan fitnah terhadap Sumayyah. Namun kekuatan yang ada pada Sumayyah membuatkan Ana mula berasa hairan. Apakah kejadian yang telah berlaku pada mereka? Adakah peristiwa tersebut berjaya mengubah diri Ana?


Dapatkan novel ini sebagai hadiah buat anak-anak anda.

Jumlah harga buku termasuk kos pos : RM12.90 + RM6.00 = RM 18.90




Friday, 18 April 2014

Produk

Teks : Zaida Zainol

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini berkisar tentang perniagaan online yang saya usahakan. Jemputlah melawat ke laman web saya :

1) www.roheyahenterprise.com.my

2) www.proherbs.com.my

Pelbagai barangan keperluan harian merangkumi produk makanan, kosmetik dan lain-lain dengan harga yang sangat menarik dan berpatutan. Hadiah percuma menanti setiap pembelian yang dibuat. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya Zaida Zainol melalui mana - mana  saluran berikut :

1) SMS/Whatsapp/Telefon : 011-15346073

2) Private Message saya di Inbox Facebook

a) Zaida Zainol (Personal)

atau

b) Roheyah Enterprise (Fan Page)

3) E mel saya : pn.zaidazainol@gmail.com 



  Selamat membeli belah. :) :)
  




Thursday, 17 April 2014

Bunga lengkuas



Teks dan gambar : Zaida Zainol

Menu tengahari ni, sambal tumis udang dan rendang ayam aidilfitri berulamkan bunga lengkuas. Rindu dengan masakan mama, nama rendang ayam aidilfiri ni pun mama yang cipta. Mama memang masak juadah wajib ni bila raya. Tapi bukan musim raya pun mama selalu buatkan bila ada permintaan dari anak-anak. Ulam bunga lengkuas tu saya petik kat halaman rumah sahaja. Tak pernah lagi jumpa orang jual bunga ni kat pasar. Rasanya unik, berbeza dengan rasa bunga halia, bunga kantan atau bunga tayar. Eh,bunga tayar saya tak pernah makan lagi. Hahahaha.


Masakan ini menggunakan sebahagian daripada rempah ratus yang ditanam di halaman rumah. Nah, satu lagi tips untuk berjimat ialah dengan menanam pohon yang seringkali digunakan dalam masakan kita. Jika persoalan ruang menjadi menjadi masalah, belilah pasu dan tanamlah sekurang-kurangnya satu jenis tanaman dalam setiap pasu. Antara pokok yang boleh dijadikan pilihan ialah serai, lengkuas, kunyit, daun kari, cili padi, limau purut dan lain -lain lagi. Masakan saya ini menggunakan daun limau purut, lengkuas, kunyit, daun kunyit, bunga kunyit sebagai ulam segar dari pokok sendiri. Santan juga percuma, kelapanya diambil dari rumah mertua kala berkunjung ke kampung dua minggu lepas. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya. Memang tak putus stoklah. Asalkan ada kerajinan untuk mengopek, membelah, memarut dan memerah santannya. Jika dihitung, saya dapat menjimatkan kira-kira RM4.00 untuk hidangan ini. Sedikit ajer? Ehh, kat mana nak jumpa RM4.00 orang buang ditengah jalan, dik oii.. :p