Friday 26 July 2013

Juadah tradisional sepanjang zaman

Teks : Zaida Zainol

Serunding merupakan juadah tradisional yang sangat diminati sepanjang zaman. Menghampiri 18 Ramadan, demam membeli belah untuk persiapan raya sudah bermula. Bermulanya hari ini, servis COD serunding kami di sekitar parit buntar, nibong tebal, jawi, kulim, sungai karangan dan padang serai. Kini anda juga boleh mendapatkan produk serunding kami di lokasi berikut :
 • Ruang legar kompleks KHTP (Gerai jualan berhadapan pintu masuk Maybank cawangan High Tech Kulim).
 • D’Laila Cake & Cookies (belakang Bank Muamalat Kulim).
 • Perniagaan Berkat Ali. Taman Mutiara, Sungai Kob.
 • Kedai Runcit Hj Zul (Sebelumnya dikenali sebagai Kedai Koperasi Penduduk Muslim Desa Aman), Taman Desa Aman, Padang Meha. 
 * Kompleks AEON (Jusco) Seberang Perai, Pulau Pinang. (Berhadapan outlet Hush Puppies dan BUM Equipment)
* Pasar Mini MUAZ, Taman Pekaka, Nibong Tebal. (Berhadapan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia cawangan Transkrian)

 Dapatkan serunding anda sekarang. Stok adalah terhad di setiap lokasi.

Wednesday 17 July 2013

Solusi juadah hari raya

Teks : Zaida Zainol

Mungkin anda pernah mengalami salah satu situasi di bawah ini : 

 • Sering terperangkap di dalam kesesakan jalanraya dan tidak sempat membeli juadah di pasar Ramadan. Biasanya berbuka puasa hanya di dalam kereta dengan bekal makanan yang ringkas, sementara menunggu sampai di rumah.
• Ingin mengubah selera menu berbuka puasa di dalam kereta yang biasa seperti roti krim, roti kaya, kek pandan atau biskut kepada roti berinti serunding ayam dan daging.
 • Agak terlewat bangun sahur. Tentunya agak panik apa yang hendak dimasak dalam tempoh sebegitu genting. Serunding boleh dijadikan sebahagian daripada lauk untuk bersahur atau berbuka yang mengenyangkan.
 • Teringin untuk menikmati serunding yang sedap, tetapi memikirkan proses pembuatannya yang remeh dan kos yang tinggi, tidak berbaloi untuk menyediakannya sendiri.
• Tidak perlu bersusah payah mencari dan membersih daging dan ayam, merebus berjam-jam lamanya, menyiat daging sehalusnya, menyiang bawang, lada dan bermacam rempah ratus, memerah santan dan yang paling penting sekali menghasilkan serunding yang benar-benar sedap, macam mak masak.
 • Ingin mendapatkan bekalan serunding sebagai sebahagian juadah hari raya aidilfitri, aidiladha dan rumah terbuka. Agak mudah menemui rendang ayam dan daging dihidangkan di rumah yang anda dikunjungi. Tetapi tidak ramai tuan rumah yang menyediakan serunding sebagai antara menu utama mereka berikutan proses pembuatannya yang mengambil masa yang lama.
 • Serunding kami tahan sehingga enam bulan. Pembelian hari ini (Julai 2013) akan membolehkan anda menyimpan serunding sehingga Januari 2014. Jadi, serunding yang mungkin berbaki di rumah anda semasa hari raya aidilfitri masih boleh digunakan bagi juadah hari raya aidiladha juga.
 • Ingin menyediakan bekal buat anak yang bakal pulang ke asrama/IPT/rumah masing-masing sebaik tamat cuti hari raya sebagai mengubat kerinduan anak tersayang terhadap masakan bonda. • Ingin dihadiahkan kepada ibu bapa, saudara dan rakan bila berkunjung ke rumah mereka, bila-bila masa.
 • Sebagai buah tangan buat ibu bapa, saudara dan rakan sebelum mereka bertolak untuk menunaikan haji dan umrah dan bakal meraikan hari raya aidiladha di tanah suci, terutamanya buat bakal jemaah yang lebih menggemari selera tempatan.
 • Tidak pasti dengan kualiti dan kebersihan serunding yang dijual di pasar kerana terdedah sepanjang hari di tempat terbuka dalam tempoh yang lama. Produk kami melalui piawaian kualiti dan kebersihan yang sangat tinggi, serta di pek dalam persekitaran ‘clean room’. Jadi, anda tidak perlu risau lagi dengan kualitinya.
 • Ingin menikmati serunding yang sedap tetapi sukar mendapatkannya atau tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke bazaar Ramadan atau kedai-kedai berdekatan. Produk kami akan dihantar terus kepada anda melalui POSLAJU. Ini dapat menjimatkan kos petrol dan tol, serta masa berkualiti anda.

Hubungi saya  melalui PM disini untuk tempahan kerana stok adalah sangat terhad.

Tuesday 16 July 2013

Rezeki Ramadan

Teks : Zaida Zainol 

Bermulanya bulan Ramadan yang mulia kali ini, saya agak sibuk dengan tempahan serunding ayam, daging tempatan, daging import dan ikan. Sebagai permulaan, kami cuma membekalkan serunding sebanyak 15kg sahaja, sekadar untuk menguji pasaran. Saya memulakan perniagaan sehari sebelum ramadan dengan memberi uji rasa kepada jiran-jiran. Maha Suci Allah, serunding saya sangat laris. Stok serunding habis cuma dalam tempoh dua hari sahaja. Lalu saya yakin perniagaan ini mampu berkembang lagi, saya menambah stok kepada kuantiti yang lebih besar. Syukur Alhamdulillah. Semoga perniagaan saya ini diberkati olehNya dan diliimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Lalu dapatlah saya merealisasikan niat utama saya untuk membantu sedikit sebanyak saudara seIslam lain di seluruh dunia yang kurang bernasib baik. Insya Allah. Kalian boleh menghubungi saya melalui salah satu cara berikut untuk memesan produk ini.


 • Mesej di Whatsapp di talian 011-19498367 

 • SMS di talian 011-15346073 

• E mel pn.zaidazainol@gmail.com 

Tuesday 2 July 2013

Puasa tapi tak solat?

Ramadan bakal menjelma lagi. Syukur alhamdulillah, dipanjangkan umur hingga tika ini, harapnya tahun ini dapatlah meraikan Ramadan dengan azam untuk meningkatkan amalan, buat bekal di alam sana. Saya terpana seketika apabila membaca teguran yang diberikan oleh Ustaz Abu Hasan Din al Hafiz kepada umum baru-baru ini. Ini merupakan kebiasaan sebilangan masyarakat Melayu di Malaysia. Ya, ada benar kata-katanya. Ramai yang bersemangat untuk mendidik anak-anak kecil supaya berpuasa penuh di bulan Ramadan, tetapi hanya memandang sebelah mata kepentingan solat yang perlu diutamakan. Pemikiran ini akan meresap dan dihadam oleh anak-anak sebagai 'mengutamakan puasa melebihi solat' dan apabila dewasa diturunkan kepada generasi seterusnya. Maka lahirlah ramai individu dewasa yang mampu berpuasa penuh tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Diharap perkongsian saya melalui nasihat berguna dari Ustaz Abu Hasan Din ini dapatlah kita mengambil teladan dan praktikkannya demi kebaikan anak-anak kita. Insya Allah.