Tuesday 16 July 2013

Rezeki Ramadan

Teks : Zaida Zainol 

Bermulanya bulan Ramadan yang mulia kali ini, saya agak sibuk dengan tempahan serunding ayam, daging tempatan, daging import dan ikan. Sebagai permulaan, kami cuma membekalkan serunding sebanyak 15kg sahaja, sekadar untuk menguji pasaran. Saya memulakan perniagaan sehari sebelum ramadan dengan memberi uji rasa kepada jiran-jiran. Maha Suci Allah, serunding saya sangat laris. Stok serunding habis cuma dalam tempoh dua hari sahaja. Lalu saya yakin perniagaan ini mampu berkembang lagi, saya menambah stok kepada kuantiti yang lebih besar. Syukur Alhamdulillah. Semoga perniagaan saya ini diberkati olehNya dan diliimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Lalu dapatlah saya merealisasikan niat utama saya untuk membantu sedikit sebanyak saudara seIslam lain di seluruh dunia yang kurang bernasib baik. Insya Allah. Kalian boleh menghubungi saya melalui salah satu cara berikut untuk memesan produk ini.


 • Mesej di Whatsapp di talian 011-19498367 

 • SMS di talian 011-15346073 

• E mel pn.zaidazainol@gmail.com 

No comments:

Post a Comment