Thursday 22 May 2014

SIRI RASULULLAH SUPER HEROKU : AMIR NAK JADI KHALID





“Awak tahu tak, hero-hero yang awak sebut pada saya tadi, seorang pun saya tak kenal. Mereka itu semua tidak wujud kan? Hanya ciptaan manusia semata-mata kan?” tanya Sufiyan.

Amir mengangguk menandakan dia bersetuju. Selama ini dia tidak pernah terfikirkan hal itu sedangkan itu hakikat yang diketahui oleh semua orang.

“Kalau awak nak tahu, hero-hero pujaan saya ni semuanya orang betul, realiti. Bukan tipu-tipu. Mereka memang pernah wujud di dunia ni dan sangat hebat. Malah macam-macam perkara mengagumkan mereka buat yang orang lain tak boleh buat,” terang Sufiyan.

Sekali lagi Amir terpinga-pinga….

Amir merupakan seorang kanak-kanak yang begitu taksub dengan superhero-superhero yang terkenal di televisyen. Kerana ketaksubannya, dia sering leka dalam dunianya sendiri. Hajatnya untuk memiliki model superhero yang dikaguminya membuatkan dia melakukan perkara yang membawa kesusahan kepadanya sehinggalah dia dihina dan diejek oleh rakan-rakannya. Kehadiran Sufiyan telah merubah perjalanan hidupnya. Apakah yang Amir telah lakukan? Bagaimana Sufiyan cuba membantu Amir untuk kembali ke arah kehidupan yang lebih memberi manfaat kepadanya?

“Sebab itulah saya benci madrasah! Kenapalah ayah dengan ibu saya hantar saya ke tempat ni? Awak tengoklah, buat salah sikit pun kena marah. Apa yang baiknya di sini?” marah Syazwan sambil mengepal tangannya.

“Wan, tak baik awak cakap begitu. Ibu bapa kita hantar kita ke sini dengan harapan kita akan menjadi anak yang soleh. Lagipun, memang salah kita sebab lewat. Kita kenalah belajar daripada kesilapan kita,” ujar Imran.


Dapatkan buku ini sebagai hadiah buat anak-anak anda.

Jumlah harga buku termasuk kos pos : RM 12.90 + RM 6.00 = RM 18.90


No comments:

Post a Comment