Foto : Koleksi Perbadi
Usai menjemput zafira dari
sekolah,kami terus menuju ke sebuah pasaraya yang baru seminggu dibuka di
Padang Serai ni. Hajat dihati nak beli tepung pau. Tentu sedap dapat makan pau
kacang merah dan pau berinti kari ayam panas-panas utk minum petang
nanti.Kebetulan ada cabutan bertuah untuk pelanggan yang membuat pembelian RM15
dan keatas produk biskut Julie's. Anak ibu ni menawarkan diri untuk membuat
cabutan.
Dan rezeki berpihak padanya apabila berjaya memenangi hadiah utama. Alhamdulillah. Dalam perjalanan pulang, Zafira berkata 'Ibu, kita ada banyak biskut ni,tak larat nak makan semuanya. Boleh tak Ya (panggilan manja Zafira) nak sedekah kat orang miskin. Ya nak dapat pahala banyak -banyak,nanti boleh masuk syurga...'
Terharu ibu mendengarnya. Astaghfirullah. Allahuakbar. Ya
Allah, Ilhamkanlah hambaMu ini sentiasa mensyukuri limpah kurniaMu. Kerana
sesungguhnya rezeki yang diberikan kepada setiap hambaNya ada bahagiannya untuk
diberikan kepada orang lain.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu,dan berdoa dengan berkata 'Wahai Tuhanku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh - Surah An Naml :19

No comments:
Post a Comment