Hmm, sedapnya kerang, ketam dan siput bakar. Dicecah pula dengan sos pencicah atau air asam. Dimakan pula dengan nasi panas beserta ulam-ulaman segar. Tentu memecah selera. Tahukah anda, kulit kerang-kerangan tersebut boleh juga dikitar semula menjadi baja. Ikuti langkah tersebut :
1.
Bakar kulit telur/kulit siput/kulit kerang/kulit ketam
2.
Ambil kira-kira 100 gram kulit telur/kerang/siput/ketam
yang telah dibakar tadi bersama 1 Liter cuka. Campurkan dalam satu balang.
3.
Tutup ketat dengan penutup bekas
4.
Peram selama 30
hari
5.
Tapis untuk dapatkan cecair baja
6. Ambil 1 sudu
besar cecair baja dan campur kedalam 10 Liter air
7.
Siramkan sahaja pada tanaman
No comments:
Post a Comment