Gambar : Google
Hari ini hujan lebat di waktu
pagi. Nyamannya begitu mengasyikkan. Apabila hujan sudah reda, saya bergegas
keluar menanam tebu yang terbiar terendam bersama air didalam baldi hampir
seminggu lamanya. Alhamdulillah, ini baldi yang terakhir. Saya suka bertani
selepas hujan kerana tanah menjadi lembut dek siraman air hujan yang turun
bertalu-talu. Lebih memudahkan kerja dan mengurangkan sedikit tenaga yang
diperlukan untuk membuat lubang dan menggembur tanah. Saya membeli benih tebu
dari seorang kenalan dalam jumlah yang agak banyak, iaitu kira-kira satu guni.
Menurut tuan punya ladang tebu, tebu perlu dimiring atau dibaringkan supaya
mempercepat tumbesaran pokok tersebut. Kaedah menanam secara menegak tidak
sesuai diaplikasikan untuk tanaman ini. Walaupun ia tetap bertunas dan
membesar, tetapi kebarangkalian untuk mencambahkan anak pokok yan banyak adalah
lebih rendah dibandingkan dengan tanaman secara melintang. Pulang ke rumah,
saya membahagikannya kedalam beberapa baldi berisi air bagi menggalakkan
kemunculan akar dari setiap ruas. Terdapat dua bahagian tebu iaitu bahagian
pucuk dan bahagian batang tebu yang boleh dijadikan benih. Selain
mempercepatkan tumbesaran pokok melalui tunas dan akar, kaedah ini perlu jika
saya tidak sempat menanam kesemuanya dalam satu masa sekaligus. Beberapa bulan
lepas, saya ada menanam kira-kira 25 benih tebu yang terdiri daripada batang
dan pucuknya. Namun, kurangnya penjagaan khusus buat benih ni yang memerlukan
siraman air yang kerap sewaktu di awal tumbesarannya. Ditambah dengan musim
kemarau dan serangan anai-anai yang memakan bahagian dalam tebu ini yang sangat
manis. Tebu yang ditanam cuma dapat bertahan sekitar 3 batang sahaja. Yang
lainnya cuma tinggal kulit luarannya sahaja. Saya berazam untuk menanam sekali
lagi, kali ini dengan semangat untuk lebih memberi perhatian kepada penanaman
kali kedua ini.
Tebu segar
No comments:
Post a Comment