Teks : Zaida Zainol
Tatkala menyiang ikan, air basuhan ikan seeloknya jangan dibuang. Kita boleh menggunakan air basuhan ikan tersebut sebagai air siraman dan baja sekaligus. Namun, tentunya terdapat insang dan perut ikan yang perlu dibuang. Hendak diberi pada kucing, adakalanya kucing pun tak ada selera untuk menjamahnya, lalu meninggalkannya begitu sahaja. Sudahnya, ia menjadi tumpuan lalat dan berbau busuk. Daripada dibuang terus ke tong sampah, jom cuba buat baja ini :
1.
Campurkan 1 kg gula merah bersama 1 kg sisa/tulang ikan
2.
Tutup dengan
kertas putih dan ikat.
3.
Peram selama 14
hari.
4.
Tapis untuk
dapatkan cecair baja.
5.
Ambil 1 sudu
besar cecair baja dan campur kedalam 5 liter air.
6.
Siram pada
tanaman
No comments:
Post a Comment