Teks : Zaida Zainol
Gambar : Carian Google Images
Hari ini saya cuba mencongak senarai panjang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang hari ini. Oh, saya telah tertinggal satu perkara penting yang sememangnya menjadi rutin buat saya setiap bulan. Sebenarnya saya perlu memeriksa stok kopi kampung edaran saya dikedai-kedai runcit dan restoran berhampiran rumah sebelum menentukan jumlah kilogram yang perlu saya bekalkan kepada mereka. Saya menjalankan perniagaan kopi kampung secara kecil-kecilan.Terdapat pelbagai jenis dan jenama kopi dipasaran. Cuma rasa dan harganyanya adalah berbeza. Bagi peminat setia kopi, tentunya kopi asli menjadi pilihan. Jangan tersilap ya, kopi yang berjenama, mahal dan gah dipasaran tidak semestinya kopi yang betul-betul asli. Kopi yang saya hasilkan ini adalah daripada kopi yang benar-benar asli. Asli ini bermaksud tiada campuran kacang hijau, butiran gandum atau lain -lain bahan 'filler' (pemenuh) ke dalam ramuannya bagi tujuan mengurangkan kos pembuatan. Hasilnya, walaupun serbuk kopi ini pada fizikalnya sukar dibezakan, namun rasanya jelas ketara.

Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit ini, ingin saya kongsikan beberapa tips mengenali kopi kampung yang berkualiti. Cuba kalian uji kopi kampung di rumah dengan
sedikit ujikaji ringkas ini. Bancuh kopi dengan air mendidih dan perhatikan
beberapa perbezaan (jika ada) samada kopi tersebut benar-benar asli atau tidak.
Kopi yang bukan seratus peratus asli mempunyai rasa yang agak hanyir (lebih
hanyir jika kuantiti biji gandum yang ditambah lebih banyak sukatannya), tidak
likat walaupun kuantiti serbuk kopi ditambah dengan berlebihan. Bagi sesetengah kes, terdapat
sedikit butiran putih yang halus terapung di permukaan cawan atau teko, bau
kopi yang tidak 'kuat' dan rasa yang kurang sedap.
Bunga Kopi
Buah Kopi
Bagi kalian yang ingin mencuba kopi saya, silalah
berikan nama dan alamat surat menyurat di pn.zaidazainol@gmail.com , Insya Allah saya akan poskan sampel
kopi terus ke rumah kalian dengan PERCUMA.
No comments:
Post a Comment